EN | BM

PETUNJUK HAUS BUNGA TAYAR


Bunga sebuah tayar dibentuk dengan corak atau ukiran yang dinaikkan bertujuan untuk cengkaman maksima di atas jalanraya yang basah atau licin, dan cengkaman ini semakin berkurangan bila semakin haus. Petunjuk haus bunga tayar adalah suatu panduan menunjukkan keadaan bunga tayar yang boleh digunakan dengan selamat.

Tahap minima bunga tayar yang diperlukan ialah 1mm. Tempat-tempat di mana petunjuk-petunjuk ini terletak ditunjukkan oleh tanda ( ▲ ) pada kedua belah dinding sisi tayar.