EN | BM

KEADAAN-KEADAAN YANG MEMPENGARUHI KEHAUSAN BUNGA TAYAR

Berikut ialah ringkasan pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kehausan tidak normal.


Tekanan Angin Tidak Cukup / Muatan Terlebih

Keadaan-keadaan ini, secara bersendirian atau bergabungan, menyebabkan kerosakan bunga tayar lebih awal, membawa kepada kehausan tidak sekata. Lebih serius lagi, keadaan-keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan secara tiba-tiba kepada kerangka disebabkan lenturan tayar yang melampau.


Kelajuan

Kelajuan yang tinggi menyebabkan kehausan tayar bunga yang cepat; bukan sahaja kerana kelajuan tetapi juga kerana pecutan dan pembrekan yang kuat dan kerap.


Minyak dan Gris

Getah bunga tayar menyerap minyak dan gris dengan cepat. Akibatnya kebolehan menentang kehausan akan terjejas.


Membrek dan Memecut

Pecutan yang berlebihan dan pembrekan yang kuat mendedahkan tayar kepada kerosakkan teruk dan kehausan bunga yang cepat.


Permukaan Jalan Raya

Permukaan jalan raya yang kasar menyebabkan bunga tayar terkoyak dan hayat perjalanan berkurangan.


Kerosakan-kerosakan Mekanikal

SDi antara kerosakan-kerosakan mekanikal yang menyebabkan kehausan bunga dengan cepat adalah roda yang tidak sempurna, pelarasan brek tidak betul, penyerap hentak yang haus, kepala steering yang longgar/ketat, kerosakan bearing-bearing pada tangan ayun, imbangan roda dan lain-lain.


Roda-roda yang tidak seimbang

Sebarang bahagian berputar akan mempengaruhi keseimbangan tayar, seperti bahagian-bahagian berat pada rim, bol sekuriti, dan lain-lain, boleh menyebabkan bunga tayar haus tidak sekata.