EN | BM

Selamat Datang Ke FKR

Diperbadankan pada tahun 1939, Fung Keong Rubber Manufactory (M) Sdn Bhd telah berkembang menjadi pembekal terkemuka bagi tayar motosikal dan tayar basikal di bawah jenama FKR di Malaysia. Tiub FKR melengkapi tayar motorsikal dan basikalnya.

FKR Marketing Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh, menjalankan semua aktiviti pemasaran dan pengedaran produk FKR dalam pasaran domestik. Dengan rangkaian pengedaran yang luas dan strategik di seluruh Malaysia, produk FKR boleh didapati di setiap bahagian negara. Bagi sektor eksport, pengedaran dijalankan oleh Fung Keong Rubber Manufactory (M) Sdn Bhd.

Tayar motosikal FKR diakui menurut standard Piawaian Malaysia MS: 1394:2008 dan standard Piawaian Eropah ECE – R75 (bagi saiz yang terpilih).

PETA LOKASI